Salam, untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan channel youtube kegemaran saya.
Bagi orang seperti saya yang menyukai komedi, saya banyak tengok video yang berkonsepkan komedi. Saya amat menyukai satu channel oleh TruTV iaitu Impractical Jokers.
Channel ini banyak menghiburkan hati saya, malahan saya percaya banyak menghiburkan hati ramai manusia. Rancangan ini membuat banyak cabaran yang berkonsepkan komedi di mana ianya sangat mencuit hati. Jika salah seorang dari mereka tidak dapat membuat cabaran tersebut, makan dia akan didenda dengan sesuatu yang lebih teruk.
Rancangan ini telah keudara sejak dulu lagi. Ianya telah banyak menghiburkan hati para penonton. Jadi, untuk anda yang menyukai komedi, silalah ke channel impractical joker di youtube untuk menghiburkan hati anda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment