Salam,
untuk entri kali ini, saya ingin menceritakan tentang kemeriahan malam ramadhan. Setiap malam, saya akan ke surau As-Sobah di seksyen 3 untuk berbuka puasa di sana kerana di sana mempunyai makanan yang sangat menarik. Pada waktu malam pula, surau Kolej Aminuddin Baki, UKM sangat meriah didatangi oleh kebanyakan penghuni kolej KAB.
Kami berkumpul untuk bersama-sama menunaikan solat terawih yang lebih afdhalnya didirikan di surau atau masjid, dan berjemaaf. Di sini, kami menunaikan 8 rakaat setiap malam dan diikuti dengan solat witir sebanyak 3 rakaat.
Saya menjemput anda semua untuk bersama menunaikan solat terawih bersama-sama di surau KAB kerana bulan Ramadhan hanya datang sekali setahun.
Sekian.
No comments:
Post a Comment