Tuesday, 22 May 2018

PRU14

Salam, untuk entri kali ini, saya nak bincangkan tentang kehangatan PRU14 pada tahun 2018 ini.

Seperti yang kita tahu, pada tahun 2018 ini, kerajaan Malaysia ditukar daripada pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Saya bukanlah ingin menyokong mana-mana pihak, tetapi saya seorang yang terbuka dan terima sahaja apa yang terjadi.

Pertarungan yang sangat sengit antara kedua-dua pihak. Banyak yang mahukan pembaharuan dan ada juga yang takut akan pembaharuan.

Bagi saya, walaupun terdapat banyak konspirasi yang menyatakan macam-macam tentang kedua-dua belah pihak, saya rasa mereka masih mengamalkan pertarungan yang sihat. Tidak ada pergaduhan atau apa-apa yang boleh membuat negara ke arah kekecohan seperti peristiwa 13 Mei.

Dalam kehidupan, kita semua perlukan pembaharuan dan penambahbaikan. Jadi, marilah kita bersama-sama kerajaan baharu untuk membangunkan negara ke arah Negara Malaysia Baharu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment