Friday, 6 April 2018

Hafizh Syahrin

[Entri Dua]

Salam semua,

untuk entri kedua ni, aku nak cerita tentang idola aku dalam dunia dua roda ni. Atau dunia permotoran. Aku memang 'admire' dengan semangat yang ada dalam idola aku ni. Kalian semestinya tahu siapa bukan?

Beliaulah El Pescao!

Haaa, tu bukan nama sebenar dia. Nama dia Hafizh Syahrin. Dia guna nombor 55 untuk sukan permotoran MOTOGP.

Aku ikut perkembangan idola aku ni sejak dia mula berjinak-jinak dengan dunia permotoran. Beliau mulakan karier beliau dengan Cubprix. Kalau kalian nak tahu, Cubprix adalah sukan dua roda di mana motor ber cc 150 berentap di atas trek untuk merampas gelaran juara. Tidak cukup dengan itu, beliau meneruskan karier beliau dengan memasuki Moto3 di mana motor 250 cc berentap di atas litar. Setelah memasuki Moto3, beliau teruskan dengan Moto2 di mana motor berkapasiti 600 cc digunakan untuk merebut gelaran juara. Akhir sekali, beliau berjaya menjejakkan kaki ke dunia MotoGP di mana motor berkapasiti 1000 cc berentap.

Di dunia MotoGP, beliau berentap dengan "legend" seperti Valentino Rossi, Maverick dan sebagainya. Selain semangatnya yang sangatlah padu, aku juga meminati bentuk motor dan reka bentuk motor nya.


Inilah aksi Hafizh Syahrin di pentas dunia. Dalam pertandingan baru-baru ini, Hafizh mendapat tempat ke-14 daripada semua pelumba MotoGP dari seluruh dunia. Juara disandang oleh penunggang dari Ducati.

Dengan berinspirasikan motor Hafizh Syahrin, saya mula menukar "Coverset" motor aku juga ke warna hitam, sebagai tanda sokongan aku terhadap beliau.


Inilah wajah motor selepas menukar ke warna hitam. Hehe

Apa-apa pertanyaan boleh ditanya di komen hehe.

Cukup untuk kali ni, chow

No comments:

Post a Comment