Salam,
untuk entri kali ini, saya ingin membuat review makanan. Makanan tersebut adalah Maggi Pedas Giler yang mana ianya merupakan keluaran baru maggi.
Pada saya, maggi ini mempunyai rasa yang sedap dan kena dengan tekak melayu. Ianyaberperisa tomyam pedas yang sangat sedap sekali. Saya banyak menerima review yang mengatakan ianya sangat pedas mengalahkan Samyang, saya rasa tidaklah sebegitu pedas. Ianya pedas yang sedap dan boleh dimakan.
Samyang mempunyai pedas yang teramat dan sukar untuk semua manusia menerimanya, tetapi tidak bagi maggi ini kerana ianya mempunya pedas yang sangat terbaik dan rasa yang sangat disukai ramai. Dengan harga RM3.50 ianya sangat berpatutan kalau hendak dibandingkan dengan harga Samyang.
Ianya mempunyai rasa tomyam yang sangat enak dan pedas yang mengujakan. Jadi, pada sesiapa yang menyukai cabaran, cubalah maggi ini sekarang.
Sekian, setakat ini sahaja entri kali ini.
No comments:
Post a Comment