Monday, 21 May 2018

Pengalaman sebenar

Salam, kali ini saya ingin menceritakan cerita sebenar yang pernah berlaku terhadap diri saya.

Saya merupakan bekas pelajar di MRSM Gerik, Perak. Di sana, hanya terdapat kurang 1000 pelajar yang menduduki asrama MRSM tersebut. Pada ketika itu, saya berumur 14 tahun, di mana saya dan rakan-rakan pengakap saya yang masih form 2 akan ke jambori pengakap se-malaysia.

Pada ketika itu, kami sahaja yang berada di MRSM kerana ketika itu adalah waktu pulang bermalam. Kami tidak pulang ke rumah kerana ingin berlatih untuk jambori akan datang.

Saya bersama rakan saya telah berpakat untuk keliling asrama pada waktu malam. Kami seramai 8 orang, cuba untuk mencari sesuatu yang kami sendiri takuti.


Kami mula berjalan di belakang asrama, dengan berbekalkan lampu suluh sebanyak 3 sahaja dan bersama dengan kami adalah seorang biro agama yang agak alim dan tahu untuk membuka hijab.

Kami menyuruh beliau untuk cuba untuk membuka hijab sewaktu kammi sampai di belakang dewan selera atau lebih dikenali sbagai dewan makan. Tetapi pada waktu itu, terdapat satu lembaga hitam yang dilihat salah seorang rakan kami berada di dalam dewan makan tersebut. Kami mengambil keputusan untuk tidak membuka hijab kerana takut akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke blok akademik dan kemudian ke blok pentadbiran. Semasa di sana, saya sendiri melihat kelibat seorang kanak-kanak kecik sedang berlari di atas tangga berdekatan dengan kami.

Kami terus berlari ke arah blok asrama dan kemudian terus masuk ke bilik untuk tidur. Kami tidur di dalam dorm yang memuatkan seramai 10 orang satu bilik. Sebelum dapat melelapkan mata, saya terdengar ada seseorang sedang bercakap "Katil satuu.... dah tidur... katil dua... dah tidur..." Saya sangat berdebar ketika itu, tibanya di katil saya "Katil lima belum tidur...." Saya terus membaca ayat kursi, dan setelah itu, saya dapat tidur dengan tenang.

Sekian sahaja cerita kali ini.

No comments:

Post a Comment