Monday, 21 May 2018

Puasa

Salam ramadhan kareem,

untuk entri kali ini, saya ingin ceitakan bagaimana pengalaman berpuasa saya pada puasa ke-5 ini. Pada hari ini, ianya merupakan sebuah hari yang sangat panas sekali. Saya memulakan hari saya dengan makan sahur sebelum solat subuh, iaitu seketul kurma dan juga air kosong.


Kemudian, saya meneruskan hari saya dengan sambung tidur selepas subuh. Saya bangun pada pukul 10 pagi untuk memulakan study saya untuk peperiksaan yang akan berlangsung tak lama lagi. Kemudian, pada tengah hari, saya bersama-sama dengan rakan saya pergi ke pusanika untuk mengambil baju korporat berwarna merah. Saya bersyukur kerana mendapat saiz yang sempurna.

Kemudian, saya beriftar di Masjid As-Sobah bersama rakan saya yang lain. Di sana, kami menikmati nasi ayam yang sangat sedap sekali. Jadi, kalian bolehlah ke sana untuk berbuka puasa di sana.

Sekian sahaja entri kali ini.

No comments:

Post a Comment