Dalam kehidupan di asrama dan kolej, tidak dapat dinafikan permainan daun terup ini merupakan permainan yang paling digemari semua pelajar universiti tidak kira universiti mana.
Maksud permainan daun terup saya bukanlah permainan yang melibatkan wang dan berjudi, hanya permainan yang bermain untuk kemenangan dan bukannya menaruhkan apa-apa.
Permainan ini menguji kecekapan otak kita, dan kita sentiasa memikirkan strategi untuk memastikan kita mendapat tempat pertama walaupun tiada hadiah yang menanti. Kepuasan itu ada jika kita memenangi sesebuah permainan itu.
Yang kalau perlu mengocok kad semula, dan permainan baru dimulakan. Saya rasa, dengan permainan ini, rakan-rakan lebih rapat dan lebih baik bersama tidak kira kalah atau menang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment