Monday, 21 May 2018

Nasi McD

Salam Ramadhan,

kali ini, saya ingin review makanan. Makanan tersebut adalah... Nasi MCD. Ianya merupakan menu baru keluaran McDonalds yang menggabungkan rasa nasi lemak dan menu McD.


Tidak dapat menafikan bahawa nasi lemaknya sangat sedap. Tetapi benda utama untuk memastikan kesedapan nasi lemak adalah sambal itu sendiri. Bagi saya, sambal yang dikeluarkan McDonalds agak manis dan tidak pedas. Ianya tidak menepati citarasa Nasi Lemak yang sebenar.

Penggabungan nasi lemak dan ayam McD merupakan satu kombo yang sangat baik. Saya amat menyukai ayam goreng McD kerana kerangupan dan kepedasan yang dimilikinya membuat saya teruja semasa makan. Jadi, untuk RM13 anda dapat nasi lemak, sambal, ayam goreng mcd, telur sebiji dan selonggok salad. Ianya agak mahal sedikit bagi harga nasi lemak, tetapi saya rasa ianya berbaloi untuk mencubaya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment