Salam, untuk entri kali ini, saya ingin review makanan iaitu Chicken Chop Permai.
Kedai chicken chop ini terletak di seksyen15 Bangi berdekatan dengan Bangi Gateway. Apa yang menarik tentang chicken chop ini adalah harganya yang tidak masuk akal. Harganya hanya RM5. Dengan rasa yang sangat sedap dan kena dengan harganya iaitu RM5, ianya menjadi tumpuan ramai pelajar Universiti dari UKM, dan GMI.
Bagi saya, saya amat menggemari rasa ayam yang dihidangkan kerana ia mempunyai kuah black pepper yang sangat sedap dan mengasyikkan. Tidak ketinggalan juga kentang goreng yag dihidangkan sekali serta coslow yang amat sedap.
Kedai ini juga menghidangkan banyak menu lain seperti nasi ayam dan mee rebus. Jadi, anda semua boleh la ke sini untuk merasai sendiri keenakkan chicken chop permai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment