[Entri Satu]
Salam semua,
untuk entri pertama blog aku (maaf bahasa sempoi), aku nak cerita sikit tentang minat aku dalam dunia dua roda. Ada orang sebut dunia permotoran, ada orang sebut dunia sukan dua roda, tapi aku lebih suka dengan nama dunia dua roda. Aku mula minat motor sejak aku umur 15 tahun. Masa tu, aku bawa apa sahaja motor yang ada di rumah aku, masa tu, motor Honda Wave 100. Motor tu memang motor kegemaran aku masa tu, mana-mana aku pergi, aku bawa dia. Tapi, masa tu, aku belum kenal dunia dua roda yang sebenarnya.
Aku diberikan hadiah oleh ayahku tersayang semasa umur aku 17 tahun. Aku dapat motor kegemaran aku yang dari umur 15 tahun lagi aku minat. Motor tu motor Yamaha LC135. Motor LC ni ada penampakan yang garang dari depan, dan seksi dari belakang. Ni aku payung motor masa aku baru dapat dulu.
Masa ni aku dah masuk UKM, jadi dia memang jadi sahabat karib aku sepanjang masa. Nama diberi Shasha :P hahahaha
Setakat ni dulu entri kali ni. Satgi aku sambung.
No comments:
Post a Comment