[Entri Tiga]
Salam semua,
untuk entri kalini, aku nak cerita pengalaman aku masa aku pergi "ride" dengan kawan-kawan aku pergi PD. Kalian mesti tahu kan PD tu apa? Haha tipulah kalau taktau, semestinya Port Dickson!
Ride ni aku rancang dengan kawan aku yang ada dekat Melaka. Aku bawa kawan aku dari UKM, dia bawa kawan dia dari Melaka. Dalam cerita ni, aku rasa kalian dapat satu benda yang sangat berguna. Nanti last aku cerita.
Ride aku mula dari Puchong, dari rumah aku. Aku dengan kawan aku, bawa Y15ZR. Lawa motor dia haha ni aku payung
Haa lawa kan? Ni motor dia masa aku bawa, memang sedap. Tapi tak sesedap motor aku la heheh ni aku cerita sikit masa pergi PD. Kami pergi tak ramai, cuma siapa yang "free" je ikut. Masa ni aku pakai "coverset" kuning diraja haha
Motor aku standard je tak macam yang lain, laju laju semua! Aku tukar CDI standard dengan CDI Performance dari Malay Bengkel. Sproket aku kecilkan jadi 15-36. Masa tu top aku dapat sepajang jalan PD 140 km/h. Biasalah motor standard kan, ekzos je kuat haha!
Jalan pergi PD memang seronok, jalan straight, tiada kereta. Best. Kitorang jalan sekali ramai-ramai. Konvoi la. Ni masa kitorang sampai dekat pintu gerbang PD.
Haaaa, ni last aku nak cerita. Dalam dunia permotoran ni atau dunia dua roda ni, cc tak penting, asalkan dua roda. hahaha mesti korang tak faham. Takdelah, kat sini aku nak cerita, aku dengan kawan aku dari UKM, ride dengan kawan aku yang bawa kawan dia dari Melaka. Kami bertukar pengalaman, kat sini kita nampak, dalam dunia ni, persahabatan banyak terjalin. Aku dapat kawan baru, diorang dapat kawan baru. Best kan? Jom la join masuk dunia dua roda haha
Sampai sini je eh? Chow
Friday, 6 April 2018
Hafizh Syahrin
[Entri Dua]
Salam semua,
untuk entri kedua ni, aku nak cerita tentang idola aku dalam dunia dua roda ni. Atau dunia permotoran. Aku memang 'admire' dengan semangat yang ada dalam idola aku ni. Kalian semestinya tahu siapa bukan?
Beliaulah El Pescao!
Haaa, tu bukan nama sebenar dia. Nama dia Hafizh Syahrin. Dia guna nombor 55 untuk sukan permotoran MOTOGP.
Aku ikut perkembangan idola aku ni sejak dia mula berjinak-jinak dengan dunia permotoran. Beliau mulakan karier beliau dengan Cubprix. Kalau kalian nak tahu, Cubprix adalah sukan dua roda di mana motor ber cc 150 berentap di atas trek untuk merampas gelaran juara. Tidak cukup dengan itu, beliau meneruskan karier beliau dengan memasuki Moto3 di mana motor 250 cc berentap di atas litar. Setelah memasuki Moto3, beliau teruskan dengan Moto2 di mana motor berkapasiti 600 cc digunakan untuk merebut gelaran juara. Akhir sekali, beliau berjaya menjejakkan kaki ke dunia MotoGP di mana motor berkapasiti 1000 cc berentap.
Di dunia MotoGP, beliau berentap dengan "legend" seperti Valentino Rossi, Maverick dan sebagainya. Selain semangatnya yang sangatlah padu, aku juga meminati bentuk motor dan reka bentuk motor nya.
Inilah aksi Hafizh Syahrin di pentas dunia. Dalam pertandingan baru-baru ini, Hafizh mendapat tempat ke-14 daripada semua pelumba MotoGP dari seluruh dunia. Juara disandang oleh penunggang dari Ducati.
Dengan berinspirasikan motor Hafizh Syahrin, saya mula menukar "Coverset" motor aku juga ke warna hitam, sebagai tanda sokongan aku terhadap beliau.
Inilah wajah motor selepas menukar ke warna hitam. Hehe
Apa-apa pertanyaan boleh ditanya di komen hehe.
Cukup untuk kali ni, chow

Motor Pertamaku
[Entri Satu]
Salam semua,
untuk entri pertama blog aku (maaf bahasa sempoi), aku nak cerita sikit tentang minat aku dalam dunia dua roda. Ada orang sebut dunia permotoran, ada orang sebut dunia sukan dua roda, tapi aku lebih suka dengan nama dunia dua roda. Aku mula minat motor sejak aku umur 15 tahun. Masa tu, aku bawa apa sahaja motor yang ada di rumah aku, masa tu, motor Honda Wave 100. Motor tu memang motor kegemaran aku masa tu, mana-mana aku pergi, aku bawa dia. Tapi, masa tu, aku belum kenal dunia dua roda yang sebenarnya.
Aku diberikan hadiah oleh ayahku tersayang semasa umur aku 17 tahun. Aku dapat motor kegemaran aku yang dari umur 15 tahun lagi aku minat. Motor tu motor Yamaha LC135. Motor LC ni ada penampakan yang garang dari depan, dan seksi dari belakang. Ni aku payung motor masa aku baru dapat dulu.
Masa ni aku dah masuk UKM, jadi dia memang jadi sahabat karib aku sepanjang masa. Nama diberi Shasha :P hahahaha
Setakat ni dulu entri kali ni. Satgi aku sambung.

Subscribe to:
Posts (Atom)